Wednesday, September 1, 2010

Selamat Berbuka

Venue: A-3-5 Pangsapuri Sri Mutiara
Tarikh: 1 September 2010 bersamaan 22 Ramadhan 1431 H
Masa : 7.13 petang


Selamat berbuka puasa untuk semua yang berpuasa....hehehheh


Menu hari ni:

Air Ice Krim Soda...colour biru ok....
Laksa penang..kuah yang pekat....nyum nyummmmm....x sabar ni...
Kuih putri ayu yang dh penyek....
n buah rambutan sponsored from en as.....waaaaaaaaaaaa...
tq so much...



sambil menonton citer cina 8tv seperti biasa.....:: Moonlight Resonance::

22 Ramadhan 1431H

Venue: PTK Port Klang
Tarikh : 1 September 2010 bersamaan 22 Ramadhan 1431H
Masa: 7.51 am

Memulakan hari baru dan bulan baru dengan hati yang bercampur baur..pelbagai persoalan yang berada di benak fikiran....ya @ tidak..masih ada @ telah di pinggir kan....semua ketentuan ILLAHI....hari ni bertugas di kauanter..di harapkan berada dalam keadaan yang boleh mengawal emosi.....jangan la tumpah nyer air mata ku untuk kali ini....diharapkan sentiasa dibawah keberkatan NYA. aminnn

Tuesday, August 31, 2010

mutiara kata

:: SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TIDAK MELIHAT DARI MANA KITA BERMULA..TETAPI DIA AKAN MELIHAT DI MANA AKHIRNYA KITA::

Smile & Laugh



Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

hanya ini yang en as minta dari diri ku..tiada permintaan lain yang diminta. hanya secebis senyum dan juga gelak tawa dalam sepanjang kehidupan kami untuk sementara waktu ini.....lupa kan sahaja segala duka lara yang banyak membelenggu kata nyer...bersabar dan terima la ape jua hikmah yang berlaku di sebalik nya. INSYAALLAH.

Love



x tau nape nak menulis jugak...dah banyak dah aku tulis dalam blog aku hari ni....tapi hati memang x tenteram....ye la..mayb coz semlm en as terlalu marah kan aku. aku pun x au kenapa dia boleh marahkan aku. sedang kan aku x bersedih pun sebelum dia marah kan aku...cuma nyer aku terasa hati skit je..memang pun aku x nmpk monyok @ ayam berak kapur skit je....tapi peh 2 bila dia layan aku cam marah2 lagi la buat aku sedeyyyyyy...

air mata dengan x de signal dia nak turun aje la keroje nyer...tapi aku x tau napae aku nak letak tag yang kat atas 2.....pahami la en as selagi ada nyawa dikandung badan.
....

Setin Biskut Untuk Mama

ini antara artikel dalam harian metro yang aku baca ari ni....kesian sungguh....ada anak pun masih belum menjamin hari tua....walaupun hanya mempunyai anak tunggal....inikan pulak yang belum mempunyai zuriat @ masih belum berumahtangga seperti aku ni...masih bersendirian. mujur aku masih ada ibu bapa dan adik beradik yang aku harapkan setakat ini....tapi sampai bila? 1 hari ibu n ayah akan pergi jua...








JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu.

Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku.

Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian.

Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit.

Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah.

“Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya.
“Namun, anak tunggal pasangan itu yang hidup senang seolah-olah tidak berminat membawa mereka pulang sebelum menyerahkan buah tangan iaitu setin biskut bagi mengubati luka hati mereka.

“Ibu bapa mana tidak mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga, sudahlah anak itu tidak menjenguk mereka lebih setahun, malah turut tidak mengambil tahu hal mereka,” katanya yang menambah lelaki itu juga hanya meluangkan masa kurang 10 minit bersama kedua-dua orang tuanya.

Menurut Norijah, berikutan kebanyakan warga emas di pusat jagaan itu diabai keluarga, mereka akan meraikan Aidilfitri bersama keluarganya yang menganggap penghuni di situ sebagai ibu dan bapa angkat.

Menurutnya, kebanyakan mereka hanya menangis mengenangkan nasib terpaksa berjauhan keluarga biarpun masih mempunyai waris.

“Sempena Aidilfitri ini, kami berharap waris warga emas yang mendapatkan perlindungan di sini datang berkunjung bagi menggembirakan mereka.

“Bukan hadiah mahupun wang kehendak mereka, tetapi kasih sayang,” katanya sambil memberitahu 64 warga emas mendapatkan perlindungan di dua cawangan pusat jagaan berkenaan.

Kelmarin, penghuni pusat jagaan itu menerima kunjungan 18 pelajar luar kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menyertai Program Masih Ada Yang Sayang.

Mereka bergotong-royong membersih dan mengecat sebahagian bangunan pusat jagaan dan menyerahkan sumbangan lampin pakai buang dan barangan keperluan kepada warga emas.

1 Malaysia Menjana Transformsi

1 Malaysia Menjana Transformasi ( Tema Hari Kebangsaan 53 Tahun)

Venue: Pangsapuri Seri Mutiara

Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.30 pagi

31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

sudah pasti semua rakyat malaysia yang pandai membaca menulis dan especially menyanyi pernah dengar dengan lagu ni kan....lagu dendangan allahyarham sudirman hj. arshad...terus terang aku jua cukup berbangga dengan lagu ni...coz birthday aku sehari sebelum sambutan kemerdekaan akan berlaku...so secara xlangsung bila masuk je bulan ogos...lagu ni akan berkumandang di corong2 radio......n untuk zaman skrng...zaman it di corong2 hp...mp3, mp4 la n mcam2 gadget yang boleh dimainkan...aku pun akan ingat la tarikh kelahiran aku...huhuhu...bagus jugak kan.....tiap2 tahun yang x pernah miss langsung untuk wish aku ialah my family....ibu n ayah....teringat zaman2 dulu masa budak sekolah lagi aku sentiasa mintak hadiah setiap tahun,.....bagi aku klu nak sambut birthday mesti ada hadiah....n ada satu tahun 2 aku x ingat dh masa bila?...tapi aku rasa masa 2 aku dh besar pun...cuti semester masa aku study kat uitm kot.....ayah buat surprise untuk birthday aku n untuk family aku kira bonus la sebb nyer senyap2 g beli kfc barrel n bawak balik untuk we all celebrate..terharu sungguh aku pada masa 2....coz aku rs dr aku dh besar tapi masih mendapat perhatian dari ayah lagi....ehhhh ni dh citer lain pulak....sebenar nyer aku nk citer sambutan merdeka tahun ni...

aku x kemana pun...just duk umah..tengok sambutan dari bukit jalil secara live dari tv3...coz niat sebenar nye nak g ofis..tapi x larat rasanyer....adakah aku demam hari ini...jangan la...x larat bulan2 puasa ni klu demam..berbalik ngan sambutan kat bukit jalil...tahniah pada semua yang terlibat....cantik...walaupun sambutan kemerdekaan pada tahun ni jatuh pada bulan ramadhan, sambutan yang diadakan tetap HANGATTTTTTTTTTT....seronok nyer semua formasi yang di paparkan...rasa macam nak pergi je kat stadium 2.....tapi x de orang nk teman la...maklumla....aku sendrian... ok la.....marila kita bercuti untuk hari ini sempena dengan hari kemerdekaan.

MERDEKA..........MERDEKA........MERDEKA

DiDdY

DiDdY