Monday, December 1, 2008

tag

hallooo..baru naik keje...cuti 3 hari best woo...x sabar je rasa nak post new en3....nak test jawab tag la pulak....hehehhe

7 fakta tentang saya
1. seorang yang pendiam
2. anak ke3 dari 4 beradik (perempuan semua)
3. tak berapa tinggi ...rendah pun x jugak
4. seorang yang garang...(tapi baik hati)
5. anak kelahiran nogori 9 ( nogori beradat)
6. seorang yang manja jugak
7. pakai jam tangan kanan

7 perkara menakutkan saya di dunia
1. kehilangan orang yang di sayangi
2. kemalangan
3. kesakitan
4. tiada duit
5. tiada kemaafan dari seseorang
6. kena tahan wad
7.

7 lagu buat masa sekarang
1. wanita - siti nurhaliza
2. andai dapat kuundurkan masa - axls
3. pari-pari di bawah angin - meet uncle hussin
4. menjaga hati -yovie & nuno
5. hanya kita yang tahu - jay jay ft alleycats
6. can't take of my eyes - frankie vallie
7. patri - jinbara

7 perkara yang selalu di sebut
1. helloo
2. so
3. ampeh
4. sabar je la
5. ek eleh
6. sengal
7. thanks

7 perkara yang amat bernilai
1. family
2. hp
3. persahabatan
4. kesihatan yang baik
5. kereta
6. duit
7. kebahagiaan hidup dengan impian yang tercapai

7 pertama kali dalam hidup
1. 1st time ada secret admirer...masa form 1....(still ingat lagi nama mamat 2)
2. 1st time ada hp masa sem. 3 duk uitm (beli guna loan ptptn - 3310 yang paling
mahal la konon nyer 2)
3. 1st time duk jauh dari parent masa thn 1998...(ikm alor star)
4. 1st time rasa bagaimana kah perasaan nyer cinta....thn 1998
5. 1st time pakai baju kurung masa form 1...
6. 1st time basuh & cuci baju sendri masa duk alor setar (sedih woooo...kena buat
sendri)
7. 1st time dalam hidup ku meluahkan perasaan ku dalam blog (2008)

7 orang bertuah jawab tag ni
1. orang yang x pernh jawab tag ( macam aku)
2. orang yang baru nak belajar buat blog
3. sesiapa yang rajin nak jawab tag
4. orang yang tak pernah jawab tag mcm ni
5. orang yang sukarela nak buat tag ni
6. orang yang dah x de keje ..baut lah tag ni
7. semua orang yang dah kekeringan idea untuk menulis...jawab lah tag ni

huhuhu.......semoga berjaya..







Thursday, November 27, 2008

dalam hati ada cinta




bila dalam hati ada cinta



Bila dalam hati ada cinta...
indahkan..serasa dunia ini kita yang punya...terasa diri di awang-awangan pun ada...rasa nak senyum pada semua orang...hebatkan kuasa cinta...

Bila dalam hati ada cinta...
walau hati dilukai...seribu kali pun...walau hati sering disakiti...tetapi kite tetap masih nak mempertahankan cinta itu...anehkan....

Bila dalam hati ada cinta...
walau perit...pedih dikhianati...tapi tetap maseh ade rindu...maseh ade sayang...malah makin kuat...kelirukan dengan perasaan sebegini....

Bila dalam hati ada cinta...
walau dimulut kata benci.......tapi dalam hati lain...ia memberontak...menangis...kerana sayang itu terlalu dalam... teramat...hipokritkan...

Bila dalam hati ada cinta...
jiwa rasa tenang dan damai bagi mereka yang pandai menghargai cinta...tapi...jiwa rasa tidak tenteram & kosong... bagi mereka yang tidak pandai menghargainya...bak kata pujangga...cinta itu suci...

Adakah kite pandai menghargai perasaan tulus anugerah Ilahi ini? Segalanye akan terungkai bila dalam hati ada cinta...

bunga dan rama-rama


Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan
Bunga & Rama - Rama. Namun Allah memberikannya Kaktus & juga Ulat

Lelaki ini sedih. Kenapa pemberianNYA berbeza dari permintaannya.
Kemudian dia berfikir bahawa Allah mempunyai terlalu ramai umat dan memutuskan untuk tidak memikirkan pemberian Allah itu .

Selepas satu tempoh , lelaki tersebut memikirkan semula permohonan doa yang telah lama dilupakannya. Lelaki itu terperanjat, dari Kaktus yang hodoh & berduri telah tumbuh bunga yang mekar & menawan. Manakala daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik .

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul & sempurna .
Jika anda memohon sesuatu & menerima sesuatu yang lain dari Allah, PERCAYALAH
Pastinya Allah akan memberikan sesuatu yang dipinta pada masa yang sesuai .
Apa yang dipinta tidak semestinya apa yang diperlukan. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan umatnya. Terusakan berdoa & berdoa & berdoa .

DURI HARI INI ADALAH BUNGA PADA HARI ESOK .


SELAMAT PAGI CINTA



Ok....bila kita tgk tajuk dia ...SELAMAT PAGI CINTA....tentulah kisah cinta kan....tapi kali ni aku macam di heret2 sangat untuk menonton filem ni...disebbkan esok cuti....rasa nyer aku nk amik peluang ni nk tgk wayang la...memandangkan aku dh lama sangat x tgk wayang...ini merupakan idea yang bagus...mmmm...tapi aku nk tgk dengan siapa ek...jeng jeng jeng...siapakah yang akan menjadi mangsa aku ...menjadi penema aku tgk wayang...kita tgk siap yang kena..chow...

update

halllooooooo...hari ni aku mcm teringin nak update blog aku...so ada tambh skit 2 la...cuma ada benda yang aku nak x sempat hbs buat lagi...mayb next aku update semula....coz esok aku bercuti sampai hujung minggu..yahoooooo...

Wednesday, November 26, 2008

tension...tekanan

hari ni hari rabu...orang kta hari rabu merupakan hari yang paling menyeksakan...sebb nyer dia terletak di tengah2 minggu...dan semesti nya harapan untuk bercuti telah bermula...oleh itu hari ni buat keje pun rasa dalam tekanan jer...rasa nak balik jer hari ni.....tapi dalam tension2 aku semapt lagi la meluahkan kat cni kan...mana lagi tempat yang aku rasa leh luahkan...

Monday, November 17, 2008

suratan atau kebetulan

SURATAN ATAU KEBETULAN
Nyanyian : Kenny Remy Martin

Aku x tau kenapa aku terlalu suka sgt lagu ni..mungkin lirik dia btl2 buat aku terusik atau mengusik atau sengaja diusik oleh hati ku ini....
setiap kali aku dgr lagu ni mesti aku sedih.....sensitif ker aku...
cuba kita hayati sama2 lirik yang penuh erti bagi pendapat ku ini

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Thursday, November 13, 2008

RAhSia PoToNg KuKu...

RAhSia PoToNg KuKu...

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk
kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.

kisah monyet

Di suatu hutan hiduplah sekelompok monyet.

Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain, mereka nampak sebuah balang kaca berleher panjang dan sempit bahagian mulutnya manakala bahagian bawahnya tertanam dalam tanah.

Di dalam balang itu ada kacang yang sudah digaul dengan bauan yang disukai monyet.

Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu.

Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut.

Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.

Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal.

Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu:

"Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!"

Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah.

Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu.

Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi:

"Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!"

Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang.

Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.

"Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan.

Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya.

Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita. Di kala itu semuanya sudah terlambat.

Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana?

Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?"

Wednesday, November 12, 2008

KURA-KURA

hi semua...try this one...mana tau klu ada persamaam...untuk aku..tuan empunya blog ni..kura-kura

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Januari 01-09 ~ Anjing

Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura

Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet

Mac 13-15 ~ Singa

Mac 16-23 ~ Tikus

Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing

April 04-14 ~ Harimau Bintang

April 15-26 ~ Tikus

April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati

Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus

Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing

Jun 21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus

Julai 10-15 ~ Anjing

Julai 16-26 ~ Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~ Tikus

Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati

September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet

Oktober 16-27 ~ Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa

November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik..

Tikus:

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya.. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

"JODOH"

renung2kan ayat yang aku dapat dari mailbox aku ni...selepas ni moga2 x de lagi orang bertanya padaku bila nak kawin???????

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.


"Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya."

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


"Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?"

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

sanggupkah kita buat begini

'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya
membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'
  
Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'
  
Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'
  
Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu
saudara'...
  
Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran
jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan
itu
dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu.
Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai  suaminya.
 Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh
anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah
kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-koco h,
pantas berlari keluar  dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh
menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik
handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat
Maghrib kerana
azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi
bila dia  mula menjejaki anak tangga, 'Subhanallah!'
 Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman
rumah.
 'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera
disinsingnya lengan baju dan kaki  seluar. Najis disodok dan dibuangkan.
Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.
 Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib
terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai
 baldi dan
gayung dalam langkah  yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.
Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop
bersih, seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?' Tanya
ibu  kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah
mak, saya
musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti.' Si ibu tak
terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut
grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak
dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh
dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat
pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.
'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang
soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku
 bersyukur
padamu..... aku bersyukur pada mu Ya Allah!' sempat si ibu
memanjatkan
doa
dalam hati.
Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat
 keberkatan dalam
hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa
dipermudahkan
oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang
dimuliakan oleh Allah SWT. 

Hadis Nabi
saw:
'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua
mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'
Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia
bersalah.
Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu
menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'
 

luahan hati wanita

Wanita

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…


Tuesday, November 11, 2008

november

11 November 2008

Hari ni isnin....hari 1st aku duk suasana ofis baru...aku berpindah level jer...dari tkt 2 naik ke tkt 6...ala2 mcm naik pangkat je...tapi x de pun....bertmbh g keje ada la kot...tapi everything aku rasa...suasana di level baru ni ok....tmpat aku pun di tepi tingkap....so klu aku bosan je aku pandang ke luar...facing main road..jalan kewajipan...salah satu jalan yang paling sesak kat usj ni...

ada good news jugak bagi aku....masa dlm meeting semlm bos besar ada hightlight aku di paksa untuk turun site...hhuhu ...dalam hati aku melonjak la suka....
1st reason...boleh claim...
2nd reason aku boleh cuci mata tgk tmpt orang...
3rd reason aku leh get new xperience ++ knowledge dari site

2 je la kot yang aku rasa nk bgtau

Tuesday, October 28, 2008

permulaan



salam semua...1st time dlm hidup aku cuba berkecimpung dalam dunia "blogger" la pulak...saja nk cuba-cuba...klu x ok jgn marah yer bagi sesiapa yang singgah ke blog aku ni...especially aku alu2kan member2 lama yang masih kenal dgn aku...semenjak aku di bangku sek dulu...standard 1-6 aku sek di sek keb. king geroge v, ampangan seremban....pas 2 sambung pulak kat sek. men. seri ampangan sehingga habis PMR...selepas itu aku merupakan perintis di sek men taman paroi jaya sehingga tamat SPM pada tahun 1996... sekarang ni sek tu di tukar nama ke sek men. keb. pendeta zaaba....
kemudian aku menyambung ke utara tanah air....di IKM Alor Setar.....dan seterus nya aku menyambung pulak ke Uitm Shah Alam....
so sesape yang agak2 mcm pernah kenal aku selama ni.....rerajin kan lah menengok blog aku ni ...

DiDdY

DiDdY