Friday, December 31, 2010
31 Disember 2010
Venue : A-3-5 Pangsapuri Seri Mutiara, Jalan Putra Indah 9/1c
Seksyen 9, Putra Heights,
47650 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh : 31 Disember 2010
Jam : 10.26 pm
Hari terakhir di tahun 2010 ni. Iat untuk meneruskan azam tahun ni yang x kesampaian untuk tahun 2011. Hari ni mmng x kemana. Sempena cuti yang di berikan oleh PM . Duduk rumah layan tenet. update gak blog yang dh lama bersawang ni. Dah nak masuk tahun baru, entry yang lama pun x habs nak upload g..ape la cik norzeha ni..
hehheh anyway...happy new year 2 oals.. may good bless all of us. tercapai dan termakbul ape yang di cita-cita kan.
chau chin chau...daaaaaaa
Lawatan Muhibbah
Lawatan Kerja Ke JTK Negeri Kelantan
Venue : Negeri Kelantan & Terengganu
Tarikh : 22 - 23 Disember 2010
Bertolak dari ofis lebih kuran jam 9.30 pagi. Terus bergerak secara konvoi sebanyak 4 buah kenderaan. Sepanjang perjalanan seperti biasa. Cuaca agak baik. Tapi disebbakan konvoi yang amat mengelirukan, jadinye masa telah dipanjangkan . Kami sampai ke Kota Bharu lebih kurang pukul 8 malam. Terus makan malam di Mak Su Nab Nasi Air. Aku order nasi ayam ngan barli suam. Seperti biasa la, barli je yang aku patut minum. Yang lain nyer memang kena banyak kali pikir klu aku nak minum. Antara badan akan jadi sakit-sakit atau pun tekak akan menjadi sakit. Sterusnya mengundang batuk yang berpanjangan last-last aku demam. hanya disebabkan aku minum air batu sahaja. huh........lepas makan malam, check in ke AZ Guest House dekat belakang billion . Aku duk sebilik dengan jihah. Boleh la bilik dia. kira ok la jugak. Tidur untuk 2 malam je pun kan. Lepas 2 kitaorang gerak ke wakaf che yeh. x beli pe2 pun. coz x de budget. kesian kan. takut kang ikut selera nak balik subnag , nganga mulut je. duit dh hbs... so lebih baik berjaga-jaga dari awl. klu tdak mana pulak aku nak korek duit lagi. lebh kurang jam 12 balik ke hotel semula.Bersiap sedia untuk tidur untuk meneruskan program pada sok hari.
23 hb jam 9.30 pagi bergerak ke JTK Negeri Kelantan. Di sambut oleh kakitangan di sana dan dijamu dengan nasi kerabu warna kuning okeyyyyy...biasa aku makan warna biru jer...dengan nasi dagang..Seperti biasa la aku x makan nasi dagang nyer, aku hanya makan nasi kerabu.... 2 pun lauk ikan salut tepung...aku kan x bape suka makan ikan... x reti..tapi belasah je la..klu aku x makan nanti perut aku yang lapar.
acara makan pagi. nasi kerabu kuning dan juga nasi dagang
penyerahan tanda ingatan oleh OC Port Klang kepada JTK Kelantan
Lawatan ke PTK Kota Bharu.Mostly staff di sini ramia yang bercuti. So x dapat jumpa sepenuhnya la. Maklum la hujung tahun menghabiskan cuti.
Pusat JMC di Wisma Perkeso
Tuesday, December 28, 2010
ILP Kuala Langat
Program Penempatan 3P 1Malaysia bersama YAB Menteri Sumber Manusia
Venue : Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Banting, Selangor
Tarikh : 14 Disember 2010
Ketibaan YAB menteri
Program terakhir sebagai penutup untuk aktiviti tahun 2010 oleh PTK Pelabuhan Klang anjuran Kementerian Sumber Manusia , Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bersama MIC Kuala Langat.
Program bermula dari 2.oo petang sehingga 6.00 petang. Tetapi memandangkan terdapat sedikit kesilapan teknikal...YAB menteri tiba lewat dari masa yang dijangkakan. Lebih kurang jam 5.30 petang. Setelah berucap lbh kurang 1 jam seterusnya merasmikan acara penutup program , YAB Menetri mengadakan lawatan ke booth-booth yang ada di pameran tersebut dan terus menghadiri jamuan minum petang.
Thursday, December 9, 2010
MAHA 2010
MAHA 2010
Venue : MAEPS Serdang
Tarikh : 5 Disember 2010
Selama ni setiap tahun MAHA diadakan aku tak berkesempatan pergi. Bagi tahun ni aku meluangkan masa jugak ke ekspo MAHA. Walaupun badan penat lepas balik kursus. MAHA punye pasal...aku gagah kan jugak. Sampai di sana lebih kurang pukul 11 pagi. Kereta punye la banyak. Parking ke bayar l apulak. RM 3.00. Dah 2 terpaksala jalan kaki ke sana.
Pusing2 bahagian pintu 2 dah penat...Tgk rodeo show...then tunggu bas ke bahagian pintu masuk 1 pulak... Kat sana banyak pameran masakan dan makanan dari IKS tempatan la...Macam-macam ada. Penat jugak la berjalan. Balik dalam pukul 6 ptg jugak la...Seharian di sana.
Wednesday, December 8, 2010
Hari2 Akhir Di Adtec
Penyampaian Sijil Induksi Khusus Dan Juga Majlis Makan Malam
Venue : Adtec Taiping
Tarikh : 2 Disember 2010
Segala kenangan di hari2 terakhir selama berkursus di Adtec . Majlis penyampaian sijil di adakan pada malam ini jugak.. Tapi ada ketidak puasan hati terhadap majlis makan malam yang di adakan. Makanan yang di sediakan mentah, nasi goreng cina yang diberikan basi.....nasib baik x makan. klu tidak meragam la perut aku jawapan nyer. Majlis karaoke pun puak2 yang x berapa nak bes menyanyi je. layannnnnn
Bila fasi lepaskan balik awal dalam jam 9.30 ...aku & ray mie merupakan orang yang terakhir balik. Pilot datang amik kul 4 ptg..Berpeluh aku nunggu. sampai tertdr. Sampai ke klang dalam kul 10.00 malam.
Jalan-Jalan Cari Pasal
Aktiviti Bebas Di Bandar Taiping
Keizinan sebenar yang diberikanoleh fasilitator ialah menuju ke Night Safari Taiping. Memandangkan hujan , maka nyer kami sepakat semuanyer nak ke bandar taiping sahaja. Pergi mall jalan-jalan. Ada yang beli kasut ...ada yang beli shawl...ada yang cuci mata sahaja seperti aku ni la....
ganas nyer amik gambar mcm ni...x sopan sungguh
kui kui kui...dah snap pic baru tokey kedai kata x boleh amik gambar...sowiii
k.izan spt biasa post maut nyer...tonggek gitu
Induksi 5/2010
Venue : Adtec Taiping, Auditoirum Besar.
Minggu ke 2 di Adtec...muka2 yang dah nampak kebosanan...asyik bergambar je...asal masuk kelas je nak amik gambar dulu....sebab nyer hari2 tukar baju kan. so pic lain2 la...gaya pun lain2 jugak. ahakkkksss.
Mee Udang Kuala Sepetang
Mee Udang Mak Jah
Venue : Kuala Sepetang, Taiping
Tarikh : 26 November 2010
Teringat kata-kata dari penceramah Cik Siti Norhafizah. "Makanan paling best kat sini ialah mee udang kat kuala sepetang". Ayat cik fizah ni yang mmebuat kan kami keluar waktu peserta lelaki bersolat jumaat. Cari punyer cari jumpa juga akhirnya jalan ke sana. Yang paling tidak ku sangka adalah driver nyer. Aku la 2. Ilah memberikan oenghormatan pada aku sebab nyer dia x takut . Kata nyer. Jadi nyer aku pun bawa je la. Nasib baik kereta automatik tranmission. Kui kui kui. Maklum la aku x pandai nak bawak manual.
Janji dah sampai ok. Sedap jugak rasa nyer. Kena la pulak ngan harga dia. Yang biasa RM 8 . Yang paling mahal RM 12.
Pusat Latihan Teknologi Tinggi
Kursus Induksi Siri 5/2010 Kementerian Sumber Manusia
Venue : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC Taiping)
Hari ke 3 ada sesi pengambaran. Gambar yang diatas 2 la semua peserta yang hadir kecuali 2 orang yang menduduki peperiksaan jabatan pagi itu. Gambar aksi bebas yang kami lakukan. Macam-macam gaya yang dibuat. Cantik jugak gambar yang diambil ni. Sebab nyer semua berpakaian batik. Bermula dari hari ini la sesi ceramah yang diadakan. Semua kena beri perhatian sebab akan keluar dalam peperiksaan. Mengantuk tu tidak la jugak, cuma ketidak selesaan sebab nyer hawa dingin yang ada dalam auditorium 2 terlalu kuat. Maklum la bangunan baru yang di bina. Pelajar untuk batch pertama pun belum masuk lagi
DiDdY
WaJiB TeNgOk
- aan
- adibah abdullah
- adieha
- adifashla
- afdlin shauki
- airyn
- amy search
- asmadi
- azieazah
- azwan ali
- budu dan belacan
- dayah
- diddy af
- dr.shah
- fafau
- fathi
- fendi osman
- firdaus abdillah
- gadis kampung separa bandar
- hafizah
- hanis
- harussani
- haziq af
- intan
- ita
- izzani zulkifle
- khaalish
- lanun kacak
- lina ikm
- lovehatelifeangel
- maaruf
- manzlie makkah
- mazidul999
- mazlin nordin
- member reporter
- mona
- monier mat din
- nurul aswani
- nurul nabiha
- pak nil
- pakcik bujang
- reporter
- reporter melodi
- ridzwan hanaffi
- saniboey
- seridevi
- sultan muzaffar
- syahril kadir
- syirfan
- tukar tiub
- ustaz azizan
- ustaz mohd pahrol juoi
- yusri najib

