Sunday, November 8, 2009

PIALA MALAYSIA 2009 MILIK N.SEMBILAN

HOBEN JANG HOBEN.......
N. SEMBILAN 3 - KELANTAN 1

Congrate 2 all player...aku beria2 menengok kat tv mlm td....berbaloi2 aku menunggu..padahal mata aku mengantok jugak...
tapi rezeki berpihak kepada N.SEMBILAN ...wah..wah ...wah...senyum lebar yer kepada sesiap yang berkenaan la...
akhirnya penantian selama 61 tahun sudah berakhir........

untuk pasukan KELANTAN...tolong la menjadi rakyat yang berhemah untuk perlawanan yang akan datang.....kalah menang memang adat perlawanan..
terpaksa la terima kekalahan andai itu yang tersurat..ceh!!!!!!!x perlu la nk buat ala2 rusuhan mcm kat negara luar pulak...x pasal2 jer wartawan yang x bersalah 2 tercedera..dan juga kemudahan awam iaitu kerusi2 kat stadium 2 dibakar oleh makhluk tuhan yang tidak menggunakan akal untuk melakukan sesuatu....

akhir kato...HOBEN JANG HOBEN....

Saturday, November 7, 2009

FINAL PIALA MALAYSIA 2009


FINAL PIALA MALAYSIA 2009

Tarikh : 7 November 2009
Masa : 8.40 mlm
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil

Hahaha...tgk title pun dh menerangkan maksud sebenarnya....serius aku bukan la antara ribuan peminat bola sepak yang ada dalam dunia ni ..tapi memangdangkan hari ni negeri kelahiran ku masuk ke final piala malaysia..secara tak langsung nya aku pun jadi berminta untuk mengikuti perkembangan tersebut.........

Melalui no kad pengenalan....xxxxxx-05-xxxx...confirm...sah dan benar aku adalah rakyat kelahiran Negeri Sembilan....hehehe...so of course la aku akan sokong Negeri Sembilan mlm ni...tapi untuk negeri lawan nya pula merupakan negeri bermakna buat ku juga...Negeri Kelantan...negeri kelahiran BABY...(terpaksa je enterpremkan nama ni)...so..apa2 pun kalah menang adat perlawanan.....x kira la sape menang kan..janji pemain negara kita bermain dengan semangat dan juga kekuatan yang hebat...

Pak Man Chembong kata;

masak lomak memang sonang

kalau podeh, lidah terjelir

toksah mimpi Kelantan monang

baik balik tengok banjir!

Pok Su Wakaf Che Yeh kata;

tino Tumpat memang comey

make sambal cicoh budu

Kelate mena dalam tange

Negeri Sembilan nangis tersedu


apa-apa pun yang berlaku..malam ni aku akan tgk live kat tv...yessssssssss

TUNGGGGGGGGGGUUUUUU...

Thursday, November 5, 2009

FAMILY DAY PTK PORT KLANG


hi..hi..hi...tgk tajuk mcm bes jer kan...saje je nk bgtau and share pasal lucky draw yang aku dapat....lihat lah sendr gambar nyer...

HITAM PUTIH



HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Monday, November 2, 2009

PIALA MALAYSIA


SEREMBAN - Skuad Negeri Sembilan sudah mara ke perlawanan akhir dan mereka mahu menjulang piala itu yang kali terakhir berjaya dibawa pulang ke Negeri Sembilan pada tahun 1948, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan masih dikenali sebagai Piala HMS Malaya ketika itu.

Maka, jika itulah impiannya, babak final di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Kelantan 7 November ini akan menjadi medan tempur buat anak buah Wan Jamak Wan Hasan bagi membolehkan piala keramat itu dibawa pulang ke bumi Adat Perpatih ini.

Ibarat 'bercacak keris dan lembing', skuad Negeri Sembilan tidak mahu berputih mata lagi dan sejarah mara ke perlawanan akhir pada tahun 2000 dan 2006 selepas sekadar menjadi naib juara Piala Malaysia akan dilenyapkan pada pertemuan berprestij Sabtu ini.

Wan Jamak ketika dihubungi berkata, rekod tanpa kalah dalam aksi Piala Malaysia ini akan dikekalkan rentaknya sehingga menjulang Piala Malaysia dan impian itu tidak akan dikuburkan di Stadium Bukit Jalil, tetapi semaraknya akan dibawa sehingga mampu diarak di seluruh Negeri Sembilan kelak.

''Saya amat teruja dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak-anak buah saya dalam saingan piala ini sehingga mampu ke peringkat akhir. Pada saya, mereka telah melakukan yang terbaik.

''Tetapi apa yang jelas ialah kita akan berjuang berhabis-habisan untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini sekali gus menamatkan kemarau menjulang piala ini yang saya difahamkan kali terakhir ialah pada tahun 1948," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Negeri Sembilan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir apabila menang dengan kelebihan agregat 4-1 ke atas Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin.

Ketika diminta mengulas berhubung kemenangan tersebut, Wan Jamak memberitahu, corak bermain dengan tenang merupakan kunci utama pasukannya itu mampu membenam skuad penyu walaupun bertandang di tempat lawan.

''Pujian perlu diberikan kepada para pemain kerana mereka telah menunjukkan ketahanan diri yang tinggi dari segi mental dan fizikal sehingga mampu beraksi baik walaupun bermain di hadapan ribuan penyokong Terengganu hari itu.

''Ketenangan pemain boleh disaksikan menerusi peluang yang diperoleh, dimanfaatkan dengan baik seterusnya membuatkan kami berjaya untuk menjaringkan tiga gol berbanding pada perlawanan separuh akhir pertama yang hanya memperlihatkan jaringan satu gol sahaja," jelasnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai persiapan beliau untuk menghadapi pusingan akhir keramat itu, Wan Jamak menjelaskan, pemainnya akan direhatkan selama dua hari sebelum kembali menjalani persiapan terakhir.

''Buat masa ini, pemain dibenarkan berehat selama dua hari dan kita akan mula menjalankan latihan yang terperinci selepas mereka balik bercuti," jelasnya.


p/s: HOBEN JANG HOBEN.........nantikan kemunculan N.SEMBILAN VS KELANTAN di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 Nov 2009...moh kito poie ramai2....

DiDdY

DiDdY