Monday, November 2, 2009

PIALA MALAYSIA


SEREMBAN - Skuad Negeri Sembilan sudah mara ke perlawanan akhir dan mereka mahu menjulang piala itu yang kali terakhir berjaya dibawa pulang ke Negeri Sembilan pada tahun 1948, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan masih dikenali sebagai Piala HMS Malaya ketika itu.

Maka, jika itulah impiannya, babak final di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Kelantan 7 November ini akan menjadi medan tempur buat anak buah Wan Jamak Wan Hasan bagi membolehkan piala keramat itu dibawa pulang ke bumi Adat Perpatih ini.

Ibarat 'bercacak keris dan lembing', skuad Negeri Sembilan tidak mahu berputih mata lagi dan sejarah mara ke perlawanan akhir pada tahun 2000 dan 2006 selepas sekadar menjadi naib juara Piala Malaysia akan dilenyapkan pada pertemuan berprestij Sabtu ini.

Wan Jamak ketika dihubungi berkata, rekod tanpa kalah dalam aksi Piala Malaysia ini akan dikekalkan rentaknya sehingga menjulang Piala Malaysia dan impian itu tidak akan dikuburkan di Stadium Bukit Jalil, tetapi semaraknya akan dibawa sehingga mampu diarak di seluruh Negeri Sembilan kelak.

''Saya amat teruja dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak-anak buah saya dalam saingan piala ini sehingga mampu ke peringkat akhir. Pada saya, mereka telah melakukan yang terbaik.

''Tetapi apa yang jelas ialah kita akan berjuang berhabis-habisan untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini sekali gus menamatkan kemarau menjulang piala ini yang saya difahamkan kali terakhir ialah pada tahun 1948," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Negeri Sembilan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir apabila menang dengan kelebihan agregat 4-1 ke atas Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin.

Ketika diminta mengulas berhubung kemenangan tersebut, Wan Jamak memberitahu, corak bermain dengan tenang merupakan kunci utama pasukannya itu mampu membenam skuad penyu walaupun bertandang di tempat lawan.

''Pujian perlu diberikan kepada para pemain kerana mereka telah menunjukkan ketahanan diri yang tinggi dari segi mental dan fizikal sehingga mampu beraksi baik walaupun bermain di hadapan ribuan penyokong Terengganu hari itu.

''Ketenangan pemain boleh disaksikan menerusi peluang yang diperoleh, dimanfaatkan dengan baik seterusnya membuatkan kami berjaya untuk menjaringkan tiga gol berbanding pada perlawanan separuh akhir pertama yang hanya memperlihatkan jaringan satu gol sahaja," jelasnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai persiapan beliau untuk menghadapi pusingan akhir keramat itu, Wan Jamak menjelaskan, pemainnya akan direhatkan selama dua hari sebelum kembali menjalani persiapan terakhir.

''Buat masa ini, pemain dibenarkan berehat selama dua hari dan kita akan mula menjalankan latihan yang terperinci selepas mereka balik bercuti," jelasnya.


p/s: HOBEN JANG HOBEN.........nantikan kemunculan N.SEMBILAN VS KELANTAN di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 Nov 2009...moh kito poie ramai2....

Saturday, October 31, 2009

new update




salam...
hai semua..ni merupakan post yang terbaru setelah berbulan2 lama nya cik norzeha tidak mengupdate blog ni sehingga terbiar bersawang2... yang terakhir adalah post berkenaan AJL..dan masa untuk AJL bagi tahun ni semakin hampir....hahahha...so lebih kurang mencecah 1 tahun jugak la yer.....tapi belum la samapi lagi...akan jer kan... masih sempat lagi untuk aku mengupdate... kisah yang terbaru..aku dh berhenti di ofis lama...skrng dh masuk 5 bulan aku berkhidmat untuk negara....SAYA YANG MENURUR PERINTAH...hahaha..pegawai perkhidmatan awam seperti aku pasti familiar giler ngan motto 2 kan...so sahlah aku skrng ni sebagai salah seorang penjawat awam.....alhamdulillah....rezeki yang aku tunggu..peluang yang sekian lama di nantikan....ALLAH s.w.t kabulkan jua prmintaan ku yang 1 ni.. skrng ni dh berasa selesa dengan kerja..suasana ofis dan keadaan persekitaran..tapi didalam hati aku masih berdoa andai 1 hari aku dapat pulang berkhidmat di negri kelahiran ku sekaligus menjaga parent ku...tapi x tau berep lama lagi aku harus menunggu....SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN...aminnnnnnnnn...hopefully permintaan ku ini dikabulkan secepatnya... rasanya itu sahaja yang nak ku luahkan buat tika ini.....pasti aku akan menjadi seaktif dulu selepas ni coz aku dh ada kemudahanku sendr di rumah...harapan setinggi langit menjadi serajin2nya untuk mengupdate yer...

Thursday, January 22, 2009

sakit lagi

semlm...21.01.09...sakit aku mcm biasa...datang lagi......mcm2 ubat yang aku telan.....kemudian aku tidur x sedar diri......alarm bunyi pun aku x sedar jugak...mujur bangun pagi ni sakit aku dah hilang...alhamdulillah....

Tuesday, January 20, 2009

AJL 23


ANUGERAH JUARA LAGU KE-23

Seperti yang semua sedia maklum...AJL 23 baru saja selesai pada malam Ahad yang lepas...18 Jan 2009......aku mcm biasa la....awal2 lagi dah tunggu depan tv....jangkaan aku tepat sekali. Band Meet Uncle Hussein yang menang....bagi aku njoy....n dah banyak perubahan yang berlaku dalam anugerah juara lagu tahun demi tahun......

persepsi tentnag siapa yang memenagi banyak trofi tidak semesti nya akan memegang anugerah juara lagu....

para juri amat adil dalam menjalankan tugas.

so...kita jumpa di anugerah juara lagi yang ke 24 tahun depan...insyaallah.....

Monday, January 12, 2009

Tidak Semua

Pengalaman ku sendri...

dlu aku nak sambung belajar jauh dari keluarga...nak berdikari...alhamdulillah...aku dapat semua nya....tgk negeri orang...cara hidup orang luar...dan kenal ramai kawan....

kini aku nak keje ...cari duit sendri....dah dapat..kumpul harta sedikit demi sedikt....ada la jugak ...tapi masih belum berpuas hati....

aku inginkan kehidupan yang bahagia.....tapi x pernah dapat.......hidup aku sentiasa di sakiti.....sentiasa di siksa......tapi aku harap aku masih boleh bersabar dengan semua dugaan dari NYA....mungkin ini yang tertulis untuk ku...


TAK SEMUA YANG KITA IMPIKAN AKAN MENJADI KENYATAAN.....X SEMUA YANG KITA RASA BAIK ....MERUPAKAN TERBAIK UNTUK KITA...ALLAH MENGETAHUI SEGALA NYA......DIA YANG MENENTUKAN.....KITA HANYA MERANCANG.....AKU HARAP AKU AKAN MENJADI LEBIH TABAH DENGAN DUGAAN YANG KUALAMI.........

Tuesday, January 6, 2009

selamat tahun baru

selamat tahun baru 2009....dan selamat tinggal 2008....aku tinggal kan tahun lepas dan sambut tahun baru dengan kesihatan yang kurang baik...hari ni dah 6 hb....tapi still x berapa sihat sepenuhnya.....hari ni masuk hari yang ke 8.....tapi aku banyak perubahan dari seminggu yang lepas.....tahun baru juga merupakan kejutan buat aku .....nak tau kenapa.....my famili dtg mengejut umah aku kat subang......hanya aku yang mengetahui nye.....tapi sekurang2 nya aku rasa sihat sedikit bila tgk ibu ngan ayah dtg jenguk aku......malam isnin yang lepas aku rasa sebak dan terharu........semoga aku menjadi lebih tabah untuk menjalani hidup di hari yang akan datang...

Monday, December 1, 2008

tag

hallooo..baru naik keje...cuti 3 hari best woo...x sabar je rasa nak post new en3....nak test jawab tag la pulak....hehehhe

7 fakta tentang saya
1. seorang yang pendiam
2. anak ke3 dari 4 beradik (perempuan semua)
3. tak berapa tinggi ...rendah pun x jugak
4. seorang yang garang...(tapi baik hati)
5. anak kelahiran nogori 9 ( nogori beradat)
6. seorang yang manja jugak
7. pakai jam tangan kanan

7 perkara menakutkan saya di dunia
1. kehilangan orang yang di sayangi
2. kemalangan
3. kesakitan
4. tiada duit
5. tiada kemaafan dari seseorang
6. kena tahan wad
7.

7 lagu buat masa sekarang
1. wanita - siti nurhaliza
2. andai dapat kuundurkan masa - axls
3. pari-pari di bawah angin - meet uncle hussin
4. menjaga hati -yovie & nuno
5. hanya kita yang tahu - jay jay ft alleycats
6. can't take of my eyes - frankie vallie
7. patri - jinbara

7 perkara yang selalu di sebut
1. helloo
2. so
3. ampeh
4. sabar je la
5. ek eleh
6. sengal
7. thanks

7 perkara yang amat bernilai
1. family
2. hp
3. persahabatan
4. kesihatan yang baik
5. kereta
6. duit
7. kebahagiaan hidup dengan impian yang tercapai

7 pertama kali dalam hidup
1. 1st time ada secret admirer...masa form 1....(still ingat lagi nama mamat 2)
2. 1st time ada hp masa sem. 3 duk uitm (beli guna loan ptptn - 3310 yang paling
mahal la konon nyer 2)
3. 1st time duk jauh dari parent masa thn 1998...(ikm alor star)
4. 1st time rasa bagaimana kah perasaan nyer cinta....thn 1998
5. 1st time pakai baju kurung masa form 1...
6. 1st time basuh & cuci baju sendri masa duk alor setar (sedih woooo...kena buat
sendri)
7. 1st time dalam hidup ku meluahkan perasaan ku dalam blog (2008)

7 orang bertuah jawab tag ni
1. orang yang x pernh jawab tag ( macam aku)
2. orang yang baru nak belajar buat blog
3. sesiapa yang rajin nak jawab tag
4. orang yang tak pernah jawab tag mcm ni
5. orang yang sukarela nak buat tag ni
6. orang yang dah x de keje ..baut lah tag ni
7. semua orang yang dah kekeringan idea untuk menulis...jawab lah tag ni

huhuhu.......semoga berjaya..







DiDdY

DiDdY